Anugerah dan Pencapaian Chomel

Kemuncak kepada kerjaya Chomel adalah apabila beliau dicalonkan dalam dua kategori Anugerah Planet Muzik 2015 yaitu "Artis Paling Popular (Singapura)" dan "Lagu Paling Popular (Singapura)" bersama-sama Aisyah Aziz, Art Fazil, Taufik Batisah dan Sufie Rashid. Chomel tidak meraih kemenangan dalam kedua-dua catergori namun beliau gembira kerana telah mendapat pengalaman darinya. Selain itu, Chomel memenangi tempat kedua di Anugerah K Neway 2015 (AKN2015). Siti Nurhaliza meraih kemenangan tempat pertama ditentukan menerusi undian peminat yang mengundi di laman web. [3]